Ya Allah, kuatkanlah kami hamba2 yang mencari keredhaanMu dalam mempertaruhkan diri keranaMu.. Hindarilah kami daripada dosa dan noda yang sentiasa memalit tubuh2 kami. Dengan izinMu, berkatilah dan anugerahkanlah ni`mat dan kebaikan dalam urusan kami, hidup kami, agama kami. Dengan izinMu, jauhkanlah kami daripada perkara2 yang tidak diredhai seepanjang urusan kami, hidup kami dan agama kami..
1.
Kepentingan aqidah yang mantap dalam perjuangan.
-kalau tak ada aqidah, bagaimana kita nak istiqamah
dalam perjuangan jika aqidah kita terumbang-ambing. Istiqamah perlu untuk
keberlangsungan hidup supaya kita konsisten dan sistematik.
-selain
itu, matlamat utama kita akan tercapai jika kita tetapkan penujuan (tawajjuh)
yang utama. Jadi, kita mampu untuk utamakan yang sepatutnya dan tahu apa yang
menjadi kewajipan kita perlu buat.
-memberikan
keyakinan kepada orang lain dan percaya terhadap kita. Tetapi kita tidak boleh
menodai kepercayaan yang mereka berikan kerana boleh menjadi fitnah kepada diri
kita.
-menjadi
role model. Kita hendaklah mengikut sifat, perbuatan dan percakapan nabi
Muhammad merupakan nabi yang terunggul dan rasul terakhir seperti dalam
firmanNya yang saya tekankan ‘Qudwah hasanah’. )Hadis:لأتمم مكارم الأخلاق بعثت إنما (
-membawa kepada kebenaran dan sentiasa dalam hidayah
Allah.
2.
Aplikasi jihad dan pengorbanan dalam medan kampus.
-belajar
berprogram
-mengadakan
sesi bermuzakarah
-mengukuhkan
kepimpinan (s.as-sof :4)
-mengamalkan
amal jamai`
-berusaha
menegur sahabat-sahabat secara individu dengan cara yang terbaik.
-menjaga
aulawiyyat
-taat
kepada pemimpin yang mengikut syariat Islam (Surah an-Nisa: 59) “Wahai Orang-orang Yang Beriman ! Taatlah Kamu Kepada
ALLAH Dan Taatlah Kamu Kepada Rasulullah Dan Kepada “Ulil Amri” (Orang-orang
Yang Berkuasa) Dari Kalangan Kamu. Kemudian Jika Kamu Berbantah-bantah
(Berselisihan) Dalam Satu Perkara, Maka Hendaklah Kamu Mengembalikannya Kepada
(Kitab) ALLAH (Al-quran) Dan (Sunnah) Rasul-nya, Jika Kamu Benar Beriman Kepada
ALLAH Dan Hari Akhirat. Yang Demikian Adalah Lebih Baik Bagi Kamu Dan Lebih
Elok Pula Kesudahannya”.
3.
Persediaan menghadapi mehnah dan tribulasi.
-taqarrub
dengan Allah melalui qiamullail, muhasabah, membaca alquran (s.al-muddasir,
al-muzammil).
-bersedia
dari segi mental dan fizikal (s.al-baqarah:30)
(وإذقال ربك إنى جاعل فى الأ رض
خليفة قالو أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفكالدماء ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك قال إنى
أعلم ما لا تعلمون )
-menghafaz
ayat-ayat al-quran dan hadis semampunya
-sentiasa
memperbaharui niat lillahi ta`ala (hadis, innamal `amalu binniat)
-selalu
merujuk kepada orang yang berkaitan dan berpengalaman.
-menjaga
ibadah (Surah az-Zariyat: 56) “Dan (Ingatlah) Aku Tidak Menciptakan Jin
Dan
Manusia Melainkan Untuk Mereka Menyembah Dan Beribadat Kepadaku”.
`aqidah = perkara yang wajib diyakini dan diimani oleh Muslim secara teori dan logik yang mengkaji ilmu tauhid.
ReplyDeleteSesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)"
(Al-A'raaf 7:59)
syari`ah = amalan2 yang dituntut oleh agama terhadap Muslim seperti ibadah dan mu`amalah dari segi `amali yang mengkaji `ilmu fiqh.
Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).
(Al-Maaidah 5:48)
akhlak = sifat2 dan tabi`at yang mahmudah yang Muslim sepatutnya memiliki sifat2 tersebut dari segi ruhani dan mengkajinya dengan ilmu akhlak.
hadis nabi: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan sebaik2 akhlak