Thursday 1 December 2016

negara orang tak sama dengan negara sendiri

Kali pertama teruja dapat sambung belajar di luar negeri, iaitu di Universiti Sains Islam Malaysia selama 4 tahun bermula Jun 2009 hingga november 2013... Bermulalah kembara di luar negeri dan luar negara dengan izinNya...

Negeri-negeri yang aku kembara adalah

Kuala Lumpur= pelbagai program
Selangor= kebetulan rumah Imam Rawatib Baba dan M.ndak Asma adik Mama di Rawang
Johor= singgah sebentar di rumah P.cik Noordin adik Baba selepas balik daripada Batam
Terengganu= lawatan dan hadir kenduri Ayu anak Tok Wan Teh adik Tok yang merupakan mak kepada Mama
Kelantan= aku dilatih sebagai seorang pejuang Islam di sini selama seminggu
Pahang= aku terlibat dengan program orang asli di dua kampung di Pekan dan juga menjadi warden pondok pentarbiahan wanita bermula dengan kelahiran hinggalah kematian selama 6 bulan lebih dan pernah pergi Cameron Highland semasa sekolah kebngsaan
Negeri Sembilan= tempat belajar, melaksana program orang asli di dua tempat dan program muallaf
Perak= lawatan bersama kawan dan program Lets Learning With Teach Airil semasa sekolah menengah
Pulau Pinang= ziarah dan lawatan sejak sekolah menengah hingga kini
Perlis= lawatan sekolah kebangsaan
Melaka, Sabah, Sarawah n Labuan tak sampai lagi ni...

Negara pertama kali pertama: Batam, Indonesia
Menjelajah selama seminggu di bulan Mei 2012 bersama sahabat perjuangan satu bidang. Ia bertujuan menyampaikan dakwah, mengetahui corak perjalanan pengurusan agama bahagian zakat, pengajian, badan agama di samping melawat di tempat-tempat sejarah.

Negara kedua: Filipina
Dengan pilihanNya, aku terpilih dalam program MUSIM MASIAN Mahasiswa Usim Merentas Asia di bawah kelola HEP bersama kawan-kawan berlainan bidang dan di antara peserta termuda selepas ditemuduga. Berkelana selama seminggu Mei 2012 yang hanya bercakap dalam Bahasa Inggeris ini serasa diri berasa di negara orang putih. Sambil menikmati ciptaan Allah di tempat yang memberi memori, kami melewati perkampungan Islam yang didiskriminasi, penjara untuk wanita sahaja yang mana masuk sahaja tiada jalan keluar melainkan mati di situ dan mengadakan program di sekolah pelajar muallaf. Pengalaman yang aku tidak lupa, seorang pemuda yang juga penjual tersenyum-senyum melihat aku yang bersembang dengan kawan berkaitan dengan harga mahalnya. Sekembali aku ke hotel dan bertanya kepada pembimbing kami, mahal itu bermaksud cinta.

Negara ketiga: Brunei Darussalam
Kali ini kunjungan kali kedua bersama sahabat sebidang masih dengan orang yang sama dan pembimbing yang sama, iaitu Dr Adnan. Selama seminggu di bulan Februari 20013 kebetulan hari lahirku sangat bermakna. Melihat negara Islam, aman dengan pemerintahan sultannya sehingga orang asal pun berpakaian seperti Muslim demi menghormati ajaran Islam. Aku termalu sendiri tatkala mengutarakan persoalan bagaiman isu pembuangan bayi di Brunei dan gejala sosial lain kerana para pegawai agama di situ mengetawakan aku. Hehe.. Rupa-rupanya bayi itu adalah khinzir bagi mereka dan aku dianggap mencarut. Istighfar sendirian.

Negara Indonesia kali kedua: Jawa Timur, Indonesia
Aku sempat bermusafir di beberapa tempat seperti Ponorogo, Malang, Mantingan, Yogjakarta dan lain-lain semasa praktikal di sini selama lima bulan akhir Februari hingga pertengahan Jun 2013 di Universitas Darussalam Ponorogo dan Pondok Moden Darussalam Gontor Perempuan. Banyak sangat yang aku pelajari terutamanya dari segi pengamalan agama dan budaya, penguasaan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Kekuatan aqidah di sini amat ditekankan kerana di dalam rukun negara terdapat budaya pancasila sehingga rata-rata diuji dengan isu liberalisme, homoseksual, pluralisme, pernikahan silang agama dan banyak lagi. Aku berpeluang membeli novel Kemi yang menceritakan pernikahan silang agama.

Negara Indonesia kali ketiga: Achech, Indonesia
Peluang keemasan semasa bekerja di bawah Prof Madya Wan Maseri Wan Mohd tidak aku lepaskan dengan ziarah zikrullah asmaul husna selama 4 hari September 2015. Iktibar dari peristiwa Tsunami 26/12/2004 memberi gambaran betapa Dia Berkuasa mengatasi segalanya dengan arahanNya Kun Fayakun. Tinggal kita mengkoreksi diri dan merenung segala salah dan silap agar diampuniNya. Sayu melihat pembantu van di sana berumur 18 tahun yang sebatang kara kerana keluarganya meninggal dunia dalam peristiwa itu.

Negara keempat: Krabi, Thailand
Tidak disangka tempat yang terlalu kuimpi ini berada di depan mata biarpun 4 hari namun amat bermakna. Kali ini aku bersama-sama sahabat perjuangan dalam Sarjana Kaunseling di Insaniah memijak bumi Thailand selama 4 hari 26-30/11/2016 dengan jurupandu Ustaz Abdullah merupakan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di Insaniah juga yang berasal dari Krabi. Pengalaman ini sangat mengujakan bilamana aku sendiri menyaksikan dua pertubuhan, iaitu Hospital Tanyarak Songkla di bawah kerajaan dan Pondok Anharul Uloom di bawah swasta yang memperjuangkan pemulihan orang yang perlukan rawatan terutamanya dalam penagihan dadah. Mereka dianggap pesakit di sini tetapi di Malaysia adalah penjenayah. Alangkah luhurnya kaaih sayang yang ditonjolkan hingga membuka mata dan minda aku betapa Allah itu Ya Rohman Ya Rohim. Namun di sebalik rawatan itu, berkekalan dalam perubahan tidak terjadi tanpa izin Allah dan kekuatan yang diberikanNya. Seperti kalam Allah tidak akan berubah sesuatu kaum itu melainkan dirinya mengubah sendiri. Di samping itu, lawatan ke empat-empat pulau yang sangat cantik dilihat, digambar dan dirasa ini juga memberi gambaran bahawa berada di mana sahaja tanpa izinNya akan ada ketakutan, kebimbangan, bencana dan lain-lain. Tawakkallah kepada Allah. Dengan itu selamat dunia akhirat. Ramai teman-temanku mengusik, berbulan madu di sini seronok. Tapi responku itu tidak penting kerana yang pentingnya cara kita berada di mana sekalipun kita mampu untuk bersyukur. Nikmat yang mana lagikah kamu dustakan dalam firman Allah, Surah Arrohman.

 Jika dizinNya, aku mahu merantau lagi hingga ke hujung nyawaku.

Moga bermanfaat.
Bersambung lagi pada masa akan datang...babai...jumpa lagi....