Thursday 29 March 2012

ETIKA PERNIAGAAN MENGIKUT PERSEPSI ISLAM

Rasullullah s.a.w semenjak kecil lagi telah didedahkan dan dilatih untuk mengendalikan perniagaan berteraskan syariat Islam. Baginda turut menggalakkan para sahabat untuk berkecimpung dalam arena keusahawanan ekoran peransang dan bicara motivasi oleh Baginda dengan sabdanya yang bermaksud:
“Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah sembilan per sepuluh daripa rezeki”.
Melihat kepada cara pemikiran peniaga-peniaga dari barat, mereka lebih menekankan keuntungan dan memenuhi tanggung-jawab sosial. Bagi mereka, tanggung jawab sosial ini boleh meningkatkan imej sesebuah syarikat perniagaan mereka dari kaca mata masyarakat dan sekali gus boleh meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan atau produk mereka.
Berbeza sekali dengan falsafah perniagaan Islam yang mana lebih mengiktiraf Islam sebagai panduan yang berasaskan tauhid.
Di sini, kita mesti menitik beratkan etika peniaga-peniaga beragama Islam supaya pembawaan corak perniagaannya mestilah berniat ikhlas kerana Allah untuk mengejar akhirat bukannya dunia semata-mata. Pertamanya, peniaga haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan jualan untuk pembeli. Harga yang ditawarkan haruslah mencerminkan interaksi normal di antara permintaan dan penawaran harga. Ini kerana harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan tidak akan dapat memenuhi keperluan mereka. Harga yang tinggi yang dikenakan juga akan membawa persaigan sengit sesama peniaga-peniaga dan juga boleh memberi kesan negatif kepada daya maju sesuatu perniagaan untuk jangka masa panjang. Ibrahnya, kemestian dalam menghidupkan ‘amar makruf nahi mungkar’ dari pelbagai aspek untuk menghalang peniaga mahupun orang ramai terlibat dalam kegiatan yang dilarang Allah secara kerasnya di dalam al-Quran dan diterjemahkan oleh Rasulullah. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang saya larang kamu lakukan maka jauhilah, dan apa yang saya perintahkan kamu lakukan. Maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyak pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka(tidak mahu taat dan patuh).”
Tambahan lagi, peningkatan kualiti perkhidmatan atau penjualan juga perlu diambil endah khasnya makanan halal yang dihasilkan. Makanan yang dihasilkan tidak berkualiti boleh menjejaskan kesihatan pelangan. Sekiranya kita memahami falsafah perniagaan Islam, apabila masakan kita memudaratkan kesihatan manusia ia di anggap satu perbuatan yang di murkai Allah swt. Tetapi kita mesti menjaga juga kualiti dari segi ibadah. Seperti firman Allah di dalam surah An-nur (ayat 37), iaitu


(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.


Selain itu, tanggungjawab dan kebajikan perlu diutamakan supaya hubungan kemanusiaan akan terjalin dengan baik dan lancar. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa tanggung jawab serta partisipasi daripada pekerja dan pelanggan adalah amat sukar. Yang penting ialah kita mesti memiliki sifat-sifat terpuji seperti bertolak-ansur, bermurah hati dan sebagainya. Seperti firman-Nya di dalam surah al-Muthoffifin (1-6),






Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?


Jelas sekali, etika perniagaan terutama di dalam pandangan Islam amat menekankan kepentingan aqidah, ibadah dan kebaikan kedua-dua belah pihak iaitu peniaga itu sendiri dengan si pelanggan atau seluruh manusia secara amnya.

No comments:

Post a Comment