Thursday 1 December 2016

negara orang tak sama dengan negara sendiri

Kali pertama teruja dapat sambung belajar di luar negeri, iaitu di Universiti Sains Islam Malaysia selama 4 tahun bermula Jun 2009 hingga november 2013... Bermulalah kembara di luar negeri dan luar negara dengan izinNya...

Negeri-negeri yang aku kembara adalah

Kuala Lumpur= pelbagai program
Selangor= kebetulan rumah Imam Rawatib Baba dan M.ndak Asma adik Mama di Rawang
Johor= singgah sebentar di rumah P.cik Noordin adik Baba selepas balik daripada Batam
Terengganu= lawatan dan hadir kenduri Ayu anak Tok Wan Teh adik Tok yang merupakan mak kepada Mama
Kelantan= aku dilatih sebagai seorang pejuang Islam di sini selama seminggu
Pahang= aku terlibat dengan program orang asli di dua kampung di Pekan dan juga menjadi warden pondok pentarbiahan wanita bermula dengan kelahiran hinggalah kematian selama 6 bulan lebih dan pernah pergi Cameron Highland semasa sekolah kebngsaan
Negeri Sembilan= tempat belajar, melaksana program orang asli di dua tempat dan program muallaf
Perak= lawatan bersama kawan dan program Lets Learning With Teach Airil semasa sekolah menengah
Pulau Pinang= ziarah dan lawatan sejak sekolah menengah hingga kini
Perlis= lawatan sekolah kebangsaan
Melaka, Sabah, Sarawah n Labuan tak sampai lagi ni...

Negara pertama kali pertama: Batam, Indonesia
Menjelajah selama seminggu di bulan Mei 2012 bersama sahabat perjuangan satu bidang. Ia bertujuan menyampaikan dakwah, mengetahui corak perjalanan pengurusan agama bahagian zakat, pengajian, badan agama di samping melawat di tempat-tempat sejarah.

Negara kedua: Filipina
Dengan pilihanNya, aku terpilih dalam program MUSIM MASIAN Mahasiswa Usim Merentas Asia di bawah kelola HEP bersama kawan-kawan berlainan bidang dan di antara peserta termuda selepas ditemuduga. Berkelana selama seminggu Mei 2012 yang hanya bercakap dalam Bahasa Inggeris ini serasa diri berasa di negara orang putih. Sambil menikmati ciptaan Allah di tempat yang memberi memori, kami melewati perkampungan Islam yang didiskriminasi, penjara untuk wanita sahaja yang mana masuk sahaja tiada jalan keluar melainkan mati di situ dan mengadakan program di sekolah pelajar muallaf. Pengalaman yang aku tidak lupa, seorang pemuda yang juga penjual tersenyum-senyum melihat aku yang bersembang dengan kawan berkaitan dengan harga mahalnya. Sekembali aku ke hotel dan bertanya kepada pembimbing kami, mahal itu bermaksud cinta.

Negara ketiga: Brunei Darussalam
Kali ini kunjungan kali kedua bersama sahabat sebidang masih dengan orang yang sama dan pembimbing yang sama, iaitu Dr Adnan. Selama seminggu di bulan Februari 20013 kebetulan hari lahirku sangat bermakna. Melihat negara Islam, aman dengan pemerintahan sultannya sehingga orang asal pun berpakaian seperti Muslim demi menghormati ajaran Islam. Aku termalu sendiri tatkala mengutarakan persoalan bagaiman isu pembuangan bayi di Brunei dan gejala sosial lain kerana para pegawai agama di situ mengetawakan aku. Hehe.. Rupa-rupanya bayi itu adalah khinzir bagi mereka dan aku dianggap mencarut. Istighfar sendirian.

Negara Indonesia kali kedua: Jawa Timur, Indonesia
Aku sempat bermusafir di beberapa tempat seperti Ponorogo, Malang, Mantingan, Yogjakarta dan lain-lain semasa praktikal di sini selama lima bulan akhir Februari hingga pertengahan Jun 2013 di Universitas Darussalam Ponorogo dan Pondok Moden Darussalam Gontor Perempuan. Banyak sangat yang aku pelajari terutamanya dari segi pengamalan agama dan budaya, penguasaan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Kekuatan aqidah di sini amat ditekankan kerana di dalam rukun negara terdapat budaya pancasila sehingga rata-rata diuji dengan isu liberalisme, homoseksual, pluralisme, pernikahan silang agama dan banyak lagi. Aku berpeluang membeli novel Kemi yang menceritakan pernikahan silang agama.

Negara Indonesia kali ketiga: Achech, Indonesia
Peluang keemasan semasa bekerja di bawah Prof Madya Wan Maseri Wan Mohd tidak aku lepaskan dengan ziarah zikrullah asmaul husna selama 4 hari September 2015. Iktibar dari peristiwa Tsunami 26/12/2004 memberi gambaran betapa Dia Berkuasa mengatasi segalanya dengan arahanNya Kun Fayakun. Tinggal kita mengkoreksi diri dan merenung segala salah dan silap agar diampuniNya. Sayu melihat pembantu van di sana berumur 18 tahun yang sebatang kara kerana keluarganya meninggal dunia dalam peristiwa itu.

Negara keempat: Krabi, Thailand
Tidak disangka tempat yang terlalu kuimpi ini berada di depan mata biarpun 4 hari namun amat bermakna. Kali ini aku bersama-sama sahabat perjuangan dalam Sarjana Kaunseling di Insaniah memijak bumi Thailand selama 4 hari 26-30/11/2016 dengan jurupandu Ustaz Abdullah merupakan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di Insaniah juga yang berasal dari Krabi. Pengalaman ini sangat mengujakan bilamana aku sendiri menyaksikan dua pertubuhan, iaitu Hospital Tanyarak Songkla di bawah kerajaan dan Pondok Anharul Uloom di bawah swasta yang memperjuangkan pemulihan orang yang perlukan rawatan terutamanya dalam penagihan dadah. Mereka dianggap pesakit di sini tetapi di Malaysia adalah penjenayah. Alangkah luhurnya kaaih sayang yang ditonjolkan hingga membuka mata dan minda aku betapa Allah itu Ya Rohman Ya Rohim. Namun di sebalik rawatan itu, berkekalan dalam perubahan tidak terjadi tanpa izin Allah dan kekuatan yang diberikanNya. Seperti kalam Allah tidak akan berubah sesuatu kaum itu melainkan dirinya mengubah sendiri. Di samping itu, lawatan ke empat-empat pulau yang sangat cantik dilihat, digambar dan dirasa ini juga memberi gambaran bahawa berada di mana sahaja tanpa izinNya akan ada ketakutan, kebimbangan, bencana dan lain-lain. Tawakkallah kepada Allah. Dengan itu selamat dunia akhirat. Ramai teman-temanku mengusik, berbulan madu di sini seronok. Tapi responku itu tidak penting kerana yang pentingnya cara kita berada di mana sekalipun kita mampu untuk bersyukur. Nikmat yang mana lagikah kamu dustakan dalam firman Allah, Surah Arrohman.

 Jika dizinNya, aku mahu merantau lagi hingga ke hujung nyawaku.

Moga bermanfaat.
Bersambung lagi pada masa akan datang...babai...jumpa lagi....

Wednesday 16 November 2016

Ke mana akhirnya???

Hati ini bertanya
Atmaku menduga
Jiwa makin meresah
Kalbu tetap mendesah

Fikiran ini buntu
Minda menjadi dungu

Perilaku bersimpang-siur
Jasad terbujur

Apa yang dicari
Apa yang dikejar

Bagaikan lautan tidak bertepi
Sungai yang mengalir tiada henti

Ke manakah hendak dituju
Ke manakah langkah dipandu

Segalanya sirna
Tiada jawapan yang hakiki
Seolah-olah tiada noktah

Cinta Abadi TuhanMu
Merungkai segalanya
Kasih manusia yang setia
Membimbing ragamu

Ya...redha Ilahi puncak tertinggi
Kejayaan di Jannatil Na`im adalah rahmatNya

sincerely to MABA...
with lots of grateful

20


๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ
*DUA PULUH BUKTI KEIMANAN*

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata,

Aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku.

Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya,

 "Siapakah kamu ini?"

Jawab kami,

"Kami adalah orang beriman."

Kemudian baginda
bertanya,

"Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?"

Jawab kami,
"Buktinya ada lima belas perkara.
Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami,
lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami
dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Rasulullah s.a.w ,

"Apakah lima perkara yang aku
perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka,
"Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada ALLAH s.w.t. ,
Percaya kepada Malaikat-NYA , Kitab-kitab-NYA ,
Rasul-rasul-NYA ,
Percaya kepada takdir ALLAH
s.w.t. yang baik mahupun yang
buruk."

Selanjutnya tanya Rasulullah s.a.w

"Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka,

"Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain
ALLAH dan engkau adalah utusan ALLAH,
Hendaknya kami mendirikan solat wajib,
Mengerjakan puasa di bulan
Ramadhan,
Menunaikan zakat
Dan Berhaji bila mampu."

Tanya Rasulullah s.a.w selanjutnya,

"Apakah lima perkara
yang kamu masih terbiasakan
sejak zaman jahiliyyah ?"

Jawab mereka,

"Bersyukur di waktu senang,
Bersabar di waktu kesusahan, Berani di waktu perang,
Redha pada waktu kena ujian Dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang
menimpa pada musuh."


Mendengar ucapan mereka yang
amat menarik ini, maka Rasulullah s.a.w berkata,

"Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi"


Kemudian Rasulullah s.a.w
selanjutnya,

"Mahukah kamu aku
tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ?

Janganlah kamu
mengumpulkan sesuatu yang
tidak akan kamu makan.
Janganlah kamu mendirikan
rumah yang tidak akan kamu
tempati.
Janganlah kamu berlumba-
lumba dalam sesuatu yang
bakal kamu tinggalkan,
Berusahalah untuk mencari
bekal ke akhirat kelak."
Assalamu`alaikum semua...lama sangat menyepi...
apa khabar kalian? didoakan semuanya dalam jagaan Allah Ya Hafiiz senantiasa...rindunya nak berblogging..hehe..banyak cerita suka dan duka...

Dah 3 semester aku bergelar seorang pelajar Master Kaunseling di Insaniah...05/12/17 semester keempat..
serasa hidup ini penuh dengan pancarobanya...disekeliling aku diujiNya dengan pelbagai liku..aku jua tidak terlepas..namun, kemahiran diri perlu ditingkatkan agar dapatku kawal IMEJ...
intelektual, minda, emosi dan jasmani..

Dalam sibuk menuntut ilmu ni pelbagai corak yang dicoretNya yang aku hadapi tanpa dijangka...alhamdulillah, akhirnya aku sudah sampai di pertengahan kehidupanku..mudah-mudahan Allah memaqbulkan setiap hujung doaku dan dihujung sujudku agar berjodoh dengan encik tunang...aku malu sebagai hambaMu yang penuh dengan dosa noda..tapi Engkau sedetikpun tidak lalai dalam memberi anugerah nikmat Iman, Islam, nafas dan segala-galanya tidak terucap...apa yang mampu adalah pujian dan kesyukuran buatMu Allah Ya Hamid Ya Syakur...doakan kami..

banyak lagi nak share..nanti lah ye,..insyaAllah bertemu lagi...

ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
๐ŸŒน:
Lihatlah mereka,
Ayah dan ibu kita,☺️
Semakin kita (anak) dewasa,๐Ÿ˜”
Semakin mereka dimamah usia,๐Ÿ˜ž
Usiamu lebih muda daripada mereka,
Tapi,
Saat ibu ayahmu meminta bantuan,kamu mengeluh,kamu marah๐Ÿ˜ก

Mari berfikir sejenak๐Ÿค”
"Selama aku sekolah,
Selama aku berada pada tahun peperiksaan besar,siapakah yang membuat persiapan untukku?,siapakah yang memberi kata motivasi kepadaku?,siapakah yang melakukan kerja rumah saat aku menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran?
Ya!! Mreka itu IBU AYAHKU!๐Ÿ˜ญ
Jadi,salahkah jika aku meluangkan masa yang berbaki kepada ibu bapaku? Mereka lebih berusia daripadaku tapi mereka tidak pernah mengeluh melayan karenahku yang pelbagai....sedangkan aku๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ diuji sedikit sudah mengeluh?๐Ÿ˜ฃ
In shaa'Allah aku ingin berubah! "

Biarlah selagi degupan jantung berlagu,
Selagi itu,aku berbakti kepada ayah n ibu☺️
InsyaAllah

from my best brother, Urwah Abdul Wahab...

Saturday 13 February 2016

AJARI ANAKMU DENGAN AL-QURAN


Setiap ibu bapa pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak soleh dan solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada usaha keras daripada orang tuanya dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada manusia.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca Al-Quran kerana orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada dalam lingkungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganNya; mereka beserta para NabiNya dan orang-orang yang suci”. (HR. Ath Thabrani).