Saturday 17 March 2012

BUAT YANG TERSAYANG…
*      Erti sebuah kehidupan…
Ku cuba mengusir apa yang memenjarakan keadaan kita
Ku cuba menjauh apa yang membelenggu hati kita
Namun…
Apakandaya ujian silih berganti
Taqdir penentu segalanya…

Andainya disini ada upayaku..
Aku pasti menantimu sehingga kau menjelma
Sekiranya disana ada dayamu..
Kau pasti muncul dihadapanku
Mungkinkah kau terbang mengepakkan sayap rindumu..
Dan berlabuhnya ke pangkuanku
Mungkinkah kau berenang mengembangkan insang sayangmu..
Dan mendekati diriku
Mungkinkah kau berlari memanjangkan langkah cintamu..
Dan memelukku.....

Teman…
Rindu di hati siapa yang tahu
Betapa aku merindukan memori2 kita bersama
Walau sudah berlalu, namun masih hangat di ingatan
Kasihku padamu masih mekar dan membara
Ku sangat sayang dan menyintaimu temanku..
Jika benar dikau sayangkanku…katakanlah
Tapi jangan kau ucapkan sayang,
Jika benar2 tak peduli
Jika benar dikau rindukanku…ungkapkanlah
Tapi jangan kau ucapkan rindu,
Jika benar2 tiada
Tapi jika dikau ada rasa
Sayang
Dan
Rindu
Padaku,kau jaga,simpan dan luahkan hingga
Tiada penghujungnya..

Allah ATURKAN ANTARA KITA SATU PERTEMUAN
DALAM SATU PERTEMUAN DITETAPKAN DUA HATI
SAYA DAN AWAK
DALAM HATI TUHAN BERIKAN TIGA RASA
SAYANG, KASIH DAN RINDU
DALAM TIGA RASA ITU DISELITKAN EMPAT TUJUAN
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN DAN BERSAMA
DALAM EMPAT PERKARA ITU TERSEMBUNYI LIMA PERKATAAN
TEMAN BAIK SELALU DI SISI
DALAM LIMA PERKATAAN ITU TERSEMBUNYI ENAM IMPIAN
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI DAN MENGINGATI
SERTA DALAM ENAM IMPIAN ITU TERSIMPUL TUJUH HURUF
S.A.H.A.B.A.T  

No comments:

Post a Comment