Saturday 6 October 2012

sanah helwah adikku..

Bismillahirrahmanirrahim

Jika bicara soal rindu, pastinya hati ini lebih rindu pada yang disana..
Jika bicara soal cinta, pastinya hati yang berlari, jatuh dan bangun bersama dahulu lebih2 lagi merasakannya..
Benarlah kata orang, hati yang ditinggalkan lebih sepi dari yang pergi..

Mestilah rabithah hati kita penuh membayangkan memori tatkala bersama
Dan sekarang Allah memberikan taqlif yang lebih besar..Diizinkan setiap dari kaki kita bertapak disegenap pelusuk dunia dan mengembangkan payung2 islam di mana sahaja..kau di dunia mu..aku di dunia ku

Sesungguhnya hati ini yakin sahabatku , adikku di mana pun Allah bersama kita dengan penuh cinta dan KasihNya 
Moga di sana kalian lebih dekat denganNYA dan lebih2 lagi menjadi lebih baik dari dulu mahupun sekarang..
Dan nostalgia dan kenangan kita dahulu, aku akan simpan dlm lipatan memori utk menjadi penghibur di kala duka lara..(+_=)..di kala hati ini merindu..dikala suka cita

Adikku,
disetiap tempat ada tujuanNya,
disetiap zaman ada natijahnya,
dan kaulah khalifah untuk dirimu dan sekitarnya..
Yang mempunyai ciri berikut;
menepati janji,
Berdiri utk diri sendiri,
dan bermanfaat untuk orang lain..

Engkaulah yang di nanti umat ini,
yang mempunyai ciri berikut;
menazarkan dirinya utk Allah dan Rasul,
dan menyediakan diri untuk sebarang bebanan..

Engkau juga Ghulam dakwah ini,
yang mempunyai ciri berikut;
Keimanannya mengentarkan hati si pemerintah yg zalim,
dan mampu menegakkan kebenaran dalam keadaan mana pun..

Ayuh kita izinkan diri ini diunikkan dengan Al Quran,
dan dicelup dengan sibghah Allah..

Sahabatku,
Dibumi mana kita berada,
Allah telah memilih kita,
di atas semua yang lain,
untuk merasakan manisnya hidayah ini,
dan untuk terus tegar di atas jalan ini..

Sahabatku,
masa berlalu,
dan tapisan akan sentiasa berlaku,
sesungguhnya jalan ini,
hanya untuk orang2 yang dipenuhi debu2 mulia dek jauhnye berjalan,
kiri dan kanannya penuh ujian dan duri,
hanya tmenanti kita melaluinya,
dan terus menghambat kita dari jalan ini..

justeru sahabatku,
Tetaplah berpegang dengan tali Allah,
kuatkan keimanan kita padaNYA,
(^_~)

Kerehatan adalah kelalaian seorang daie,
sibukkan diri dengan urusan dakwah,
sakitkan diri dengan duri dan ranjau jalan dakwah,
hingga kita tdk lagi merasai cinta pada dunia..

Dibumi mana kita tercampak,
Kita akan bekerja keras disitu,
kerana kerja kita bukanlah kerana tempat,
tapi kerana apa yang kita bawa..
justeru belum sempat merasai kesakitan berubah kiblat baru,
kita dah siap bekerja membangunkan tempat itu,
dah bersingsing lengan utk membantu dakwah disitu,
dan tanpa sedar kesakitan itu hilang,
sebelum sempat menyentuh ke hati kita..

Kesakitan hati ,
pergolakan perasaan,
kekecewaan emosi,
kerinduan yang menebal,
dan apa sahaja yang kita rasakan,
adalah satu proses kedewasaan,
yang hanya bisa di tangani dengan IMAN terhadap Allah..
itu lah yang terus menjadi bekal kita disini..

semuanya
hanya terbukti bila kita di uji,
kerana reaksi pada ujian,
adalah manifestasi hati,iman dan kefahaman..

Sahabatku,
tetaplah kita terus tegar berlari,
walau nantinya tiada siapa di sisi untuk terus menemani,
biasakan diri untuk berdiri sendiri dan sendirian berdikari,
dan moga Allah terus memilih dan menguatkan kita
dalam keadaan apa pun..

sesungguhnya hati ini rindu,
padamu,
dan melepaskan dirimu utk di ulik cinta pada tempat baru,
adalah satu kemestian dan keperluan,
kerana engkau akan dewasa di sana..
(=_~)

Hati ini berbunga penuh harapan,
moga nantinya Allah tetap memilih kita,
dan mempertemukan kita,
dalam keadaan kita lebih dewasa..
Barangkali pada masa itu,
kita sudah dewasa..
tapi harapan itu mustahil untuk berlaku,
jika langkah kita sekarang ini cengeng..

Justeru adikku,
tajdidkan niat kita seperti umar pada setiap langkahan kakinya,
halakan bidayah kita supaya tdk silap,
ikhlaskan hati kita,
jihadkan usaha kita,
dan perhebatkan larian kita,
Moga Allah menghitung segala amal kita,
dan membalasnya dengan sebaik2 balasan.

No comments:

Post a Comment