Sunday 10 June 2012


koreksi diri..
drpd kitab Sir `Allamu Annubala`:
Mudah-mudahan kesilapan akan tenggelam dalam kebaikan yang banyak...
penghayatannya: kita tidak boleh teka pengakhiran hidup kita bahkan jua pengakhiran hidup orang lain..
sama-sama kita insafi diri tidak boleh menilai orang lain dengan hanya perkara yang kita bahkan kita sendiri pun tidak tahu sejauhmana kebaikab kita dan dosa kita juga membukit...
jadi, maafkan segalanya...tutup kitab lama, buka yang baru..
hidup semula dengan nafas dan azam yang baru...
binalah KASIH SAYANG sepanjang kita bermu`amalah dengan alam sejagat.. kerana DIA AR-RAHMAN AR-RAHIM..Rasulullah pun amat cintakan umatnya..=)
KASIH SAYANG...pelbagai cara dalam menghayatinya, tak akan disangka-sangka keadaan & ketikanya...kalau berbeza tingkah, serasikan ia...kalau berpisah hidup, hubungkan semula..kalau bercerai mati, cari kekuatanyang ditinggalkan...di mana ada sayang, disitu ada kepercayaan, di mana ada kejujuran, disitu ada UKHWAH keranaNYA...

Begitu juga dengan ahli keluarga kita dan saudara mara serta taulan..yang salah,sama kita perbetulkan..yang buruk, sama kita perbaikkan..yang hodoh, sama kita cantikkan..
insyaAllah itu perintahNYA..
Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman yang artinya:
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, keras, lagi tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.(At-Tahrim: 6)
Ali Radhiallaahu anhu berkata dalam menafsiri ayat ini: “Didik dan ajarilah mereka”. Adh-Dhahak dan Muqatil berujar: “Wajib atas seorang Muslim untuk mendidik keluarganya seperti kerabat, budak perempuan dan budak laki-lakinya tentang perintah dan larangan Allah”.

1 comment:

  1. nilai kemaafan terlalu berharga..terngiang2 dengan kata2 kak Nursyuhada M Zulkifli sehingga saat ni yang telah diceritakan berserta demonstrasi...sembang santai tapi jadi hangat.
    situasi di tanah Arab..saat kepala hendak dipancung di hadapan sang ayah kerana qisas si penerima hukuman telah membunuh anaknya.. si pembunuh sedia menerima keputusan..disaat itu, orang ramai sanggup melontar apa sahaja termasuklah harta kesayangan mereka seperti kunci kereta hatta kunci rumah untuk membeli kemaafan daripada seorang ayah yang kematian anaknya..
    hikmahnya: nilai kemaafan tidak ternilai jadi hargailah nilai itu..hiduplah dengan berukhwah kerana Allah hingga ke syurga.

    ReplyDelete