Tuesday 13 June 2017

MUSAFIR SEORANG HAMBA DI MESIR

ni cerpen yang saya buat semester lepas..masa dapat ilham daripada seorang sahabat..kalau ada komentar yang perlu dibaiki dan ditingkatkan, dipersilakan..syukran jazilan..
Di saat cinta menyemai rasa di jiwa
Menghiasi hidup indah kan masa
Luluhkan dengki menghapuskan benci
Kala cahaya-Nya
Membuka mata yang terlena
Sedarkan dari nafsu akan dunia
Rasa yang fana dan maya semata
Kan ku ungkap rasa yang terindah
Tentang berkembangnya cinta
Yang semerbak wangi dalam jiwa
Yang kekal abadi selamanya
Hanyalah untuk Allah
Kan kupersembahkan
Cinta tertinggi dan termurni
Yang tumbuh dalam nurani
Hanyalah untuk Allah
Kan kusandarkan
Segala pengharapan dan doa
Beri daku cahaya-Mu
Hanya Pada Allah kusandarkan
Hanya Pada Allah kudoakan
Hanya Pada Allah kuharapkan
Ratapan seorang hamba buat Khaliqnya di sepertiga malam di kala insan lain nyenyak melayan mimpi yang indah. CINTA ILAHI….. itulah cinta terunnggul yang ku dambakan kerana siapalah diriku untuk menagih cinta seorang makhluk andainya cinta kudus KHALIQ belum kutemui…itulah prinsip hidupku yang ku pegang sehingga hari ini agar diri tidak tersasar dan lalai dari mengingati Ilahi walaupun aku tahu diriku adalah insan biasa yang mendambakan kasih seorang hamba yang halal bagiku sama-sama berjuang pada jalan Allah, namun semua itu tidak terlalu mendesak aku menurut nafsu semata-mata. Aku lebih memilih cinta Allah berbanding manusia. Aku teringat sebuah hadis muttafaqun alaihi yang bemaksud: "Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya" aku ingin menjadi seorang hamba yang terpilih di antara hamba-hambNya yang terbaik. Seusai bermuhasabah dan bertafakur, Muizz melihat plannernya.
“Esok ada kelas tafaqquh dengan Ustaz Ismail. Aku kena semak balik yang dituntut minggu lepas. ” 
Teringat  aku semasa tahun satu dahulu. Aku agak liat untuk menyertai kelas keagamaan ini kerana kebiasaannya diadakan pada waktu pagi. Aku malas sudah terbiasa di Malaysia akan tidur semula selepas solat Subuh. Lagipun pelat bahasa Arab kampong itu masih tidak dapat aku kuasai. Aku mula terfikir dan cuba berubah selepas mendengar  ustaz Ismail berpesan yang aku hadiri pertama kalinya pada tahun dua setelah dipujuk dan dipaksa beberapa kali oleh senior dahulu. Dek bosan dengan kata-katanya saban hari singgah di cuping telingaku, aku pun cuba mengikhlaskan hati mengikutinya. Pesanannya, “Orang yang terkena penyakit futur ada pada 3 golongan. Golongan yang berhenti sama sekali dari mebuat perkara kebaikan dengan sebab futur (malas) adalah menjadi yang pertama dan golongan ini ramai sekali. Golongan kedua adalah golongan yang terus dalam kemalasan dan patah semangat, namun tidak sampai berhenti sama sekali dari melakukan perkara kebaikan, dan golongan ini lebih banyak lagi. Ketiganya, golongan yang kembali pada keadaan semula, dan golongan ini sangat sedikit. Semenjak itu, aku mula berazam untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Apa gunannya ilmu yang dipelajari tetapi tiada aplikasinya seperti pepatah Arab, ‘Al-ilmu bila a`malin kas syajari bila thamarin’ (Ilmu tanpa beramal seperti pokok tanpa buah).       
                                                         #                                 #                           #
Assalamualaikum.w.b.t
Dengan rahmat dan peluang dariNYA, Nur dapat melayangkan warkah yang pastinnya kanda amat terkejut. Untuk  pengetahuan kanda, bonda sudah sebulan terlantar di atas katil ekoran jatuh di dalam bilik air sebab lantai licin. Dinda tiada wang untuk membawa bonda ke hospital. Wang insuran ayahanda sudah habis untuk perbelanjaan seharian dan pembelian ubat-ubatan daripada klinik. Sudah puas dinda meminta bantuan daripada Mak long, kakak ayahanda. Namun, sedikitpun tidak menghulurkan bantuan bahkan untuk meminjam pun dipandang sepi. Sedikitpun tidak ada rasa kasihan atau simpati buat adik iparnya. Dinda rasa terlalu sedih. Sudah kering airmata dinda. Dinda tahu dan amat faham keadaan kanda yang juga agak kesempitan. Dinda minta maaf kerana lambat memaklumkan kepada kanda kerana dinda tidak mahu kanda berasa susah hati dan terganggu. Tetapi dinda tidak tahan lagi. Dinda tidak kuat seperti kanda.Dinda berasa lega selepas meluah apa yang terbuku di dada. Moga-moga kanda dapat menolong dinda. Dinda tidak lupa untuk doakan kanda sentiasa. Dinda rindukan kanda. Kanda segeralah pulang ke Malaysia. Sekian.
Wassalam wa rahmatullah..
Seusai sahaja membaca warkah daripada adik nan seorang, baru terasa sudah basah lencun sapu tangan yang aku pegang sejak aku membaca. Aku terpana. Sampai hati Nur memendam masalah ini seorang diri. Sudah pasti aku bertanggungjawab untuk membela nasib keluarga aku. Kami berdua sahaja anak ayah dan ibu. Aku terkenang kembali pada akhir semester lepas, hari pertama aku menduduki peperiksaan,aku terpukul dan semangat untuk mengambil peperiksaan jatuh merudum ekoran pemberitahuan oleh dinda bahawa ayahku, tiba-tiba disahkan ada darah beku dalam otak dan menghembuskan nafas terakhir dua minggu kemudiannya juga merupakan hari terakhir peperiksaan. Ini terjadi kerana ayahku pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya membabitkan motosikal dan kereta Perdana. Ayahku menunggang motosikal yang baru saja pulang daripada surau selepas mesyuarat ahli jawatankuasa kampung. Tiba-tiba sebuah kereta terbabas kerana tayar kereta pancit setelah terlanggar batu besar di tengah jalan lalu terlanggar pembahagi jalan. Ayahku tidak sempat mengawal motor yang kebetulan betul-betul berada di belakang kereta tersebut. Peristiwa yang berlaku setahun lepas memberi kesan kepada ayah aku terbaring selama dua minggu. Semenjak itu, ayah aku rajin mengadu sakit kepala namun dibiarkan begitu saja kerana menganggap sakit kepala biasa. Selepas aku menghantar surat dan telefon ayah untuk mendesak memeriksa kesihatan,ayah aku akur. Doktor telah membuat pengesahan bahawa ayah aku sudah di peringkat kritikal. Wang yang tidak cukup hanya menunggu masa sahaja dan bertawakkal. Aku telah gagal pada semester tersebut.
‘Ya Allah, aku amat bermohon, Kau kuatkanlah hatiku dalam mengahadapi musibah ini. Pinjamkanlah kekuatanMu kepada hamba yang lemah ini. Kau  titipkanlah bantuan kepadaku agar aku mampu menolong ibuku.’ Muiz meraup mukanya sambil memejamkan matanya yang sudah merah kerana terlalu hiba.
“ Muiz!O Muiz!” laung Fatir dari tingkat bawah namun tiada sahutan. Muiz yang tersedar, cepat-cepat menghilangkan saki-baki airmata.
“ Di bilik rupanya engkau ya! Dah  nak terkeluar anak tekak aku ni!” Melawak Hanif tanpa sedar yang sahabatnya dalam kesedihan.
“ Eh! Kenapa mata merah?”
“ Mata aku masuk habuk tadi.”
“ Tipulah. Kenapa ni? Aku kan sahabat dunia akhirat engkau. Kongsilah  dengan aku.” Hanif memaut bahu Muiz dengan tangan kanan dan tangan kiri menggosok di belakang badannya.
“ Tak ada apalah.” Muiz senyum apabila terlihat mata Hanif mencerun memandanngnya.
“ Baiklah! Mak aku sakit. Dah sebulan pun. Hari ini baru aku dapat surat daripada adik aku.”
“ Adik? Nur ke? Sekarang tengah buat apa?”
“ Amboi, pantang aku cakap pasal adik aku, engkau pun mula ya! Tahun ni tamat la pengajiannya. Dia tak nak ambil SPM. ”
“ Hehe. Aku saja dah lama tak tanya khabar keluarga engkau. Aku tak nak kau sedih-sedih. Tak apa, kau jangan risau! Aku akan tolong. Ops! Dah terlupa pula. Aku panggil engkau ni, Rahim, chef kita ajak makan. Dia sudah siap memasak. Sedap! Istimewa untuk engkau sempena hari lahir engkau.” “ Eh! Aku terlupa pula.”
                                                #                     #                      #
Pada suatu petang…
Kelihatan satu kumpulan di masjid Kaherah sedang melakukan pertemuan antara mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang baru menjejakkan kaki ke bumi Mesir sebulan yang lalu.
“Assalamualaikum sahabat-sahabat. Hari ini giliran saya untuk memberi sedikit tazkirah tetapi saya ingin menceritakan sedikit kisah seorang sahabat saya sebagai pencetus semangat ekoran peperiksaan akan datang dan juga sebagai muhasabah semula sepanjang nafas yang masih dipinjam olehNya. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Oleh itu, dia disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakannya. Beliau telah mendapat anugerah pelajar cemerlang dalam PMR, SMRA, SPM. Khir sekali beliau berada di tingkatan 6,di sekolah menengah agama (arab). Walaupun beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi beliau tetap untuk terus sambung belajar di tingkatan 6 kerana ingin mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Dia  memegang prinsip “ Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih”, prinsip ini menjadi pembakar semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya menjadi seorang pelajar harapan sekolah. Beliau berangan-angan untuk sambung belajar dalam bidang Bahasa Arab (lughah) di bumi Mesir. Kenapa dia memilih Mesir menjadi destinasinya untuk menyambung pelajaran??? Siapa boleh menjawabnya?” hadirin yang datang berkerut-kerut dahi meneka-neka jawapannya yang menjadi tanda tanya. Namun, ada seorang yang menikus ralit  memandang lantai tanpa memanggung kepalanya.
“Aiwah! Enta Rahman? Hal enta turidu liijabah?” (Baiklah! Kamu Rahman? Adakah kamu mahu menjawab?) Tanya Azzam. Rahman yang terkejut dengan panggilan tersebut terpinga-pinga.
“Aasif jiddan. Ana la adri. Madza antum tunaqisyuun? Ana la asma`.” (Minta maaf. Saya tidak tahu. Apa yang kamu semua bincangkan? Saya tidak mendengarnya.)
“Limadza bika?” (Kenapa dengan kamu?)
“Ana alamun fi batni.” (Saya sakit perut)
“Sebelum ini, beliau pernah membaca novel islamik dan tahu serba sedikit melalui guru, rakan dan kenalannya yang pernah menjejakkan kaki dibumi yang penuh barakah, Mesir di mana merupakan bumi para anbiya’. Di sana beliau mahu melawat makam para anbiya’, boleh tengok sendiri piramid yang terdapat di Mesir dan menikmati alam yang berkah yang dihuni orang Arab terutamanya tinggalan nabi-nabi. Beliau ingin merasa sendiri perasaan yang meluap-luap tinggal di sana. Betapa nikmat dan rahmatnya bumi Mesir. Namun, saat tiba di sini terus menjadi putus asa. Terasa asing dan sendirian. Kelainannya terasa sekali. Langsung tidak sama dengan Malaysia. Fikirannya mua melayang ke kampong ingat kepada keluarga tercinta. Tetapi beliau nekad meneruskan impian yang ditanam sejak dahulu dan harapan yang menggunung untuk menuntut ilmu di sini. Kepayahan demi kepayahan belajar di sini, beliau tetap meneruskan pengajiannya. Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis “Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yangmengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahgian yang paling banyak. Setahun beliau mengulang semester kerana ketidaksuaian dengan keadaan dan pembelajaran. Seperti kita semua. Walaupun datang daripada pelajar yang cemerlang namun tahap penerimaan seseorang bergantung usaha dan kelebihan yang Allah kurniakan. Beliau massih dalam awang-awangan untuk menguruskan hidup dan menyesuaikan diri. Ingin saya tekankan dan ambil iktibar ialah bagaimana beliau menghadapi semua rintangan dalam menuntut ilmu ini. Begitu payah begitu jerih beliau bermotivasikan selagi ada nafas dan nadi, selagi ada penguat ayah dan emak beliau dahulukan. Di antara strateginya, pabila tidak dapat menangkap apa yang disyarahkan oleh pensyarah, beliau akan membuat rakaman dan berjumpa dengan senior untuk meminta tunjuk ajar semula. Beliau tidak akan menangguh-nangguh ketidakfahaman supaya tidak akan membesar dan meletup sehingga menjadi tekanan. Beliau belajar daripada kesilapan yang lalu. Kemudian, beliau sentiasa mencari peluang untuk belajar ilmu tambahan di sekitar tempat tinggalnya. Masjid-masjid menjadi pilihan utama untuk bertalaqqi dan bermuzakarah. Kelas-kelas umumi tidak ketinggalan. Sebut sahaja di mana. Selagi tiada halangan selagi itulah kan menjejakkan kakinya dengan izinNya.  Dalam kalangan syeikkh yang terkemuka, beliau turut diingati dan menjadi anak murid kesayangan. Alhamdulillah, beliau dapat meneruskan semester seterusnya. Namun, jangan anggap hujan tidak akan turun wakttu tengahari. Saat menerima berita kehilangan ayah tercinta, beliau tidak dapat mengawal emosinya. Beliau sangat rapat dengan arwah ayahnya sementelah mereka dua beradik sahaja. Ekoran itu, ibunya juga turut jatuh sakit. Ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga pula’. Beliau agak sibuk untuk menguruskan persatuan pelajar yang mana terpilih menjadi timbalan pengarah bahagian muslimin. Sibuk juga dengan kerja sampingan untuk  menampung hidup sendiri, keluarga dan rawatan ibunya di tanahair. Beliau mengulang lagi satu tahun. Tetapi berbekalkan ilmu di dada dan iman pendinding diri, beliau tidak terus mengalah. Beliau tidak berpaling belakang dan teruskan langkah demi mendapat keredhaan Allah dan cita-citanya.”
Para hadirin kelihatan khusyuk mendengar. Ada yang tersentuh berkaca-kaca airmata menitis. Ada yang sebak terhimpun di dada menunggu masa untuk pecah.
“Man ladaikum ta`lamuna huwa?” (Siapa di antara kamu mengetahui siapa dia?)
Hanya kedengaran esakan yang mengisi ruangan.
“Man?” (Siapa?)
Tiada respon.
“Dengan penuh tawadhuknya, beliau sentiasa memperbetulkan niat dan mengislahkan diri. Para ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk. Firman Allah SWT: "...Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja." (Surah al-Isra':85). Ana tertarik dengan tiga niatnya setiap hari semasa langkah pertama di awal pagi. Pertamanya, niat ikhlas menuntut ilmu kerana Allah. Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar bisa mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yg terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya : "Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah I sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat".( HR: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah. Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya ) bukan kerana ingin mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini - insya Allah - termasuk niat yang benar. Keduanya, meningkatkan pengetahuan Islam dan bermanfaat serta membela syariat. Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah. Hal ini tidak ada yang bisa melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qor'an dan As-Sunnah. Akhirnya, menghilangkan kejahilan diri, ilmu dan orang lain. Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk meng-hilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faidah dari ilmu kita. Apakah disyaratkan untuk memberi mamfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi mamfa'at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; karena Rasulullah bersabda : "Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (HR: Bukhari). Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.”
“Hamba Allah yang beruntung dan terpilih itu ialah Muhd Muiz Abdul A`leem.” Semua orang tercari-cari siapakah gerangannya. Ada yang mengenalinya dan ada yang masih tidak mengenali cuma tahu namanya yang sentiasa meniti di bibir mahasiswa dan mahasiswi Malaysia.
“Akhi Muiz yang berada di sebelah kanan ana.” Terrcengang-cengang para hadirin.
“Patutlah aku tak kenal sebab akhi ni tidak suka menonjolkan diri tetapi namanya cukup disebut-sebut orang kerana kegiatan dakwahnya.” Desis hati seorang  mahasiswi di sebalik tabir.
#                       #                       #
Sempena hari kelahiran Rasulullah, nabi Muhammad yang terakhir, persatuan mahasiswa Malaysia telah mengadakan satu program yang bertemakan ‘ Menghayati Perjuanganmu Rasulullah’.
Muiz menyelongkar kembali kisah-kisah cinta terhadap Rasulullah. Cinta Saidina Abu Bakr kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati. Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi saw. Muiz tidak lupa meluahkan ungkapannya seperti biasa menumpahkan pena di dalam lembaran diari perjuangannya.
MENGINTAI RENTETAN PERJUANGANMU
Muahammad 3x  SAW
Engkau insan teragung
Antara pencinta engkau terpilih
Antara permata engkau bertuah
Kekasih Allah engkau menyandang
Aku benar2 malu
Lidah terasa kelu
Jasadku terkaku
Butiran jernih mengalir lesu
Menghangat dipipiku
Aku mengintai rentetan perjuanganmu
Kehadiranmu amat di nantikan
Mencantas kejahilan menggilap cahaya kebenaran
Kususuri perjuanganmu
Kuhayati kehidupanmu
Tersirat senyuman dibibirmu pabila dibenci
Terpamer ketenangan di raut wajahmu
Pabila dimusuhi
Bahumu tetap memikul walau disakiti
Dirimu tetap menyeru walau di usir pergi
Indahnya perkertimu sucinya jiwamu
Tabahnya dirimu di persada dunia
Mengagumkan alam buana
Mengagungkan islam tercinta
Hebatnya engkau melakar sejarah
akan ku jejaki langkah
akan ku turuti sunnah
 selagi terdaya selagi termampu
ya Rasulullah
pemergianmua amat ku rasai
segenap hatiku turut menangisi
wahai penghulu maya
betapa malunya aku
mengungkapkan rasa atmaku
teristimewa untukmu
hanya untukmu
Aku cintakan mu
Aku sayang kan mu
Teramat rindu
Rela diri ini
Menjadi galang gantinya
Bisikan hatiku berirama
Namun aku sedar
Siapalah diriku
Aku hanya biasa
Mohon syafaat ihsanmu
Jua kekuatan iman mu
Ku amat dambakan…………
Dia melihat catatannya di dalam helaian diari perjuangannya tentang Rasulullah semasa menghadiri program ‘Maulidur  Rasul’ pada mingu lepas.
MORAL & IKTIBAR
  1. Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
  2. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
  3. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
  4. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
  5. Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
  6. Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
  7. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
  8. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
                                                #                          #                      #
 Terngiang-ngiang suara seorang wanita meluahkan perasaan cintanya kepada ajnabi. Suatu ketika,  sahabat Muiz mendatangi bilik Muiz lalu berkata, “Muiz! Ana ingin sampaikan pesanan daripada seorang wanita kepada enta. Dia telah tewas dengan fitnah dunia. Dia  tidak mampu lagiberinteraksi dengan enta. Bulan lalu, dia berurusan dengan enta”
Kelu lidah Muiz mendengarnya. Dia cepat-cepat beristighfar. Dia masih waras untuk memnbezakan antara reality dan fantasi.
‘Aku bersimpati dengan fitrahnya. Perasaan malu seorang wanita kian hilang. Astaghfirullah. Aku tidak boleh berburuk sangka selagi mana tiada kesahihan beritanya’ Hati kecil Muiz bermonolog sendirian.
“Dia berusaha menangkis gejolak rasa dan bisikan syaitan itu. Namun, masih teruji dengan cara enta berdakwah dan memimpin. Paling dia kagumi, semangat enta memperjuangkan agama Islam dan menjaga diri daripada terlibat fitnah dunia.” Sambung lagi Syafik.
“Ya sudah…Ana berharap dia tetap istiqamah dengan perjalanan dakwah dan pendidik anak bangsa, ana tidak ingin kehilangan kumpulan dakwah dan pendidik oleh permasalahan seperti ini”. Muiz membuat keputusan, “Ana akan ajak bicara langsung dengan muslimah tersebut ditemani mahramnya”.
Beberapa waktu berlalu, Muiz mendatangi muslimah tersebut.
“Ana memang menyatakan hal tersebut, tapi apakah itu suatu kesalahan?”
Muiz berusaha menanggapinya searif mungkin. “Ana tidak menyalahkan perasaan anti. Kita semua berhak memiliki perasaan itu. Pertanyaan ana adalah, apakah anti sudah siap ketika menyatakan perasaan itu. Apakah anti mengatakannya dengan hati yang suuci lagi bersih yang menjamin hak-haksebagai manusia layaknya. Hak perasaan dan hak pembinaannya. Apakah anti menyampaikan kepada keluarga anti untuk diseriuskan? Apakah anti sudah siap berkeluarga. Apakah anti sudah berusaha menjaga kemungkinan fitnah dari pernyataan anti, baik terhadap saudara lain maupun terhadap dakwah????” Muiz menegaskan.
“Ukhti, bagi kita perasaan itu tidak semurah tayangan wayang gambar atau bacaan ringan dalam novel-novel. Bagi kita perasaan itu adalah bahagian dari kemuliaan yang Allah tetapkan untuk pejuang dakwah. Perasaan itulah yang melandasi perkembangan dakwah dan jaminan kemuliaan Allah SWT. Perasaan itulah yang membebankan kita dengan beban berat amanah ini. Maka Jagalah perasaan itu tetap suci dan mensucikan.” 
Muiz menghulurkan sekeping kertas kepada wanita tersebut.

Antara debar dan derap perjuangan, peluh mula mengalir meracik kesabaran... Masih belum mengertikah sahabatku? Segala cinta dusta dan buta, kecuali cinta kepada Si Pencipta...DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali, harapnya tidak dengan cinta yang keciciran dan hilang...Ketika meranduk sungai cinta yang palsu....
Mudah benar kau tertipu wahai sahabat, dengan fatamorgana yang kau kejar dari kejauhan, hilang apabila hampir. Kau ditipu nafsu; lalu kau hamburkan perkataan sia-sia, lupa segala yang kau ucapkan, bakal menjadi saksi di mahkamah Tuhan Maha Adil.
'Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang beriman. Padahal orang-orang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batasan'(2:212)  Esok mungkin kau dihidupkan lagi, atau mungkin kau sudah tiada...mahukah lagi mencabar Tuhan?sedangkan maut sentiasa mengintai, dicelahan Qada dan Qadar.Usahlah terus tertipu, menjadi pengucap kata yang sia-sia atau pelanggar hukum Allah yang setia...kerana kau tidak mengetahui, bila maut akan menerkam.
Kau sudah lama benar tertipu duhai sahabat, lupakah kau pada kata-kata Ruhul Qudus, Jibril as kepada Rasulullah, 'cintailah segala yang kau miliki semahumu, akhirnya kau terpaksa berpisah dengannya.' Gengamlah tanganku ini, kita lestarikan cinta yang lama terkubur...
Marahkah dikau sahabat, andaiku cuba mengajak kepada yang makruf? Mengertilah,aku tidak lagi mampu bersabar,bimbang... esok bukan lagi hari yang dijanjikan buatmu...kerana aku benar-benar mencintaimu, cinta kerana Si Pencipta....
Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilarang antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas, seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan .
Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, "cinta namanya ini, jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?" 
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa, bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini.
Jesteru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha Menyayangi .Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan.
                                             #                       #                       #
Segulung ijazah untuk ibu tercinta sudah dalam genggaman. Hanya menanti ibu membeleknya. Mesti wajah ibu ceria dan senyuman terpamir indah. Muiz memandang sisi cermin kapal terbang tidak sabar menjejakkan kaki di Malaysia bumi tercinta.
#                           #                         #
Berkat dan mustajab doanya ternyata muslimah idaman adalah si wanita yang pernah meluahkan rasa kepadanya.Usaha dan tawakkalnya telah menjadikan pasangannya Fatimah peneman sepanjang perjalanan di dunia dan hinngga ke syurga.
“Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya TUHAN-ku aku akui kekuasaan-MU nikmat lagi rahmat buat diriku tak terbalas olehku, Ya ALLAH. Ya TUHAN-ku, hamba-MU ini mensyukuri rahmat yang KAU beri, umpama rezeki melimpah ruah ya ALLAH. Alhamdulillah. Dengan rahmat-MU Ya ALLAH, KAU pertemukan kami, maka satukanlah hati kami, titipkanlah rindu antara kami, mekarkanlah cinta antara kami. Lantas, peliharalah kami Ya ALLAH dari bisikan iblis yang datang menggoda agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama. Ya RAHIM, permudahkanlah jalan jodoh kami, serta dipermurahkan rezeki kami. Jadikanlah kami di antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmat-MU, Ya ALLAh, sinarilah hati kami dengan nur iman yang bergemerlapan agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya pinjaman semata. ,Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan terhadapMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu. Engkau perteguhkan kasih sayang di dalam hati kami. Engkau tunjukkanlahkami jalan hidayahMu. Sesungguhnya kepadaMu kami meyembah dan memohon pertolongan. Amin, amin, Ya Rabbil A’lamiin.”
Tidak dijadikan wanita itu dari kepala untuk dijunjung, dari kaki untuk dijadikan pengalas, tapi dari rusuk, dekat dengan lengan utk dilindungi, dekat dengan hati untuk disayangi dan dicintai.
~
                                                                                                                        

No comments:

Post a Comment