Tuesday, 13 June 2017


Bertafakur sejenak padaNYA....pd hakiktnya, kita hamba yg lemah kan???tapi kita mesti akur n tunduk padaNYA dlm keadaan mana sekalipun...

"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

 Aku sedang diperhatikan oleh Allah

*
Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

Renungan buat seketika.....

Puteri Solehah Penyeri Taman Syurga….
Janganlah kita mempercayai apa yang dikatakan oleh sesetengah lelaki.Mereka mengatakan tidak melihat atau menilai seseorang perempuan itu melainkan pada akhlak dan budi pekertinya. Sesungguhnya cara  mereka berinteraksi dengan kata-kata lembut dan berjanji seolah-olah benar..Semuanya adalah dusta! Sesungguhnya tanda seorang lelaki  yang dusta  dengan memberikan senyuman yang amat manis,lembut tutur katanya,tidak menghulurkan bantuan melainkan kesemuanya hanyalah sebahagian dari muqaddimah kepada apa yang dihajatnya.Sedangkan kita sendiri ragu-ragu dengannya.Maka,fikir-fikirkanlah !!!
Petikan daripada Ali  al-Thonthowi Rahimahullah..

No comments:

Post a Comment