Tuesday, 13 June 2017

LAPORAN KEMBARA SARJANA KAUNSELING KALI KEDUA (KSKK2)

LAPORAN PROGRAM
Program ini adalah anjuran pelajar sendiri yang bekerjasama dengan pihak fakulti. Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah saya menyertai dan merasa sendiri pengalaman yang tidak akan dapat di dalam kelas mahupun di tempat lain. Pengalaman dan ilmu sepanjang musafir ini sangat memberikan satu nafas baru kepada saya dalam usaha mempertingkatkan lagi diri untuk mengorak langkah sebagai seorang kaunselor di masa hadapan. Program ini salah satunya untuk memenuhi syarat Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Lembaga Kaunselor Malaysia bagi program Sarjana Kaunseling di Kolej Universiti Insaniah secara amnya. Namun, secara khususnya adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar akan masalah utama adalah dadah pembunuh nombor satu di Malaysia.
Program yang dijalankan selama empat hari ini bermula 27 November hingga 30 November 2016 bersamaan hari Ahad hingga Rabu sangatlah singkat masanya. Tetapi pelbagai ilmu dan pengalaman ini tidak terhad. Di antara tempat yang kami lawati adalah Thanyarak Songkhla Hospital, Pondok Institutions Anharul-u-loom, sekitar Pantai Ao Nang dan kepulauan di Koh Lanta. Aturcara dan sedikit gambar sepanjang program boleh dilihat di dalam lampiran A.  Seramai 20 orang yang menyertai program ini yang bertungkus lumus dari awal lagi terutamanya para ahli jawatankuasa yang terlibat boleh dilihat dalam lampiran B.
Di antara cabaran yang dihadapi adalah para peserta menghadapi masalah komunikasi, perhubungan dan persiapan dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Masalah komunikasi ini berkait rapat dengan bahasa yang mana rata-ratanya penduduk Thailand ini mengutamakan Bahasa Thailand sehingga menyukarkan kami dalam memahaminya. Dengan demikian, kami telah mendapat khidmat pemandu pelancong yang merupakan pelajar Insaniah juga dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab. Masalah perhubungan pula kami perlu memahami budaya di sana suapaya dapat membina hubungan rapport dengan rakyat di sana dan berharap mereka tidak tersinggung dengan kesilapan tingkah kami.
Dengan demikian, perlunya pihak peserta mengkaji tempat lawatan dengan lebih mendalam supaya lebih terdedah dan faham dengan ilmu yang baru. Selain itu, kefahaman silang budaya juga perlu dititikberatkan. Di samping itu, saya sebagai peserta dan juga salah seorang ahli jawatankuasa ada menulis sedikit respon terhadap pengalaman yang sukar dilupakan di dalam lampiran C.
Dua tempat utama yang menjadi lawatan kami ini di tempat pertama di Thanyarak Songkhla Hospital membuka mata kami semua bahawa pimpinan Thailand khususnya yang terlibat dengan kerajaan telah menubuhkan hospital khusus bagi orang yang ketagihan dadah yang mana dianggap sebagai pesakit berbeza di Malaysia dianggap sebagap penjenayah bahkan disediakan pusat serenti dan penjara untuk mereka. Sewajarnya di Malaysia, diutarakan perkara ini meskipun sukar dilaksanakan. Lawatan di tempat kedua pula adalah di Pondok Institutions Anharul-u-loom. Pihak kita perlu berinisiatif untuk mengaplikasikan sistem ini dan menambah baik lagi supaya tercapai proses pemulihan dadah serta menyebarluaskan di pertubuhan-pertubuhan di Malaysia.
Alhamdulillah, program pada kali ini dapat mencapai objektif dengan jayanya tidak kira yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Tanpa kerjasama dan usaha pelbagai pihak termasuklah tenaga, masa, harta dan motivasi, program ini tidak akan berjaya. Justeru itu, diharapkan program ini diteruskan lagi oleh pelajar-pelajar yang lain sebagai satu kesinambungan dan diaplikasikan di tempat-tempat yang bersesuaian dengan bidang kaunseling ini.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
(RAFIDAH BINTI WAHAB @ ABDUL WAHAB)
Timbalan Setiusaha,
Pelajar Kohort 7,
Sarjana Kaunseling KUIN.

                                                                                                                             Lampiran A
LAPORAN HARIAN DAN GAMBAR AKTIVITI
HARI PERTAMA
Tarikh  : Ahad
Hari     : 27 November 2016
Masa 
Tempat
Catatan
Waktu Malaysia
7.30am
Berkumpul di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Kedah
Menanti ketibaan para peserta dan meletakkan kereta di sini. Sarapan. Menunggu ketibaan van.
9.15am
Taklimat oleh ketua program Tuan ASP. Ahmad Affendy Bin Shahidan dan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azseri Bin Abd Rahman supaya Allah memberkati dan merahmati sepanjang perjalanan kami semua. Sesi bergambar dengan semua peserta.
9.30am
Bertolak.
9.45am
Kompleks Kastam dan Imegresen Bukit Kayu Hitam (BKH CIQ), Malaysia
Berlaku pemeriksaan dan pengesahan imegresen di sini selama 30 minit.
Waktu
Thailand
11.30am-1.15pm
Thanyarak Songkhla Hospital
Tiba di hospital yang membuat rawatan khusus kepada pesakit berkaitan dadah. Seramai tujuh orang yang mewakili organisasi tersebut diketuai oleh Dr Thanurat Putthaehat memperkenalkan kepada kami selok-belok organisasi. Kami dibawa melawat persekitaran di sana dan diberi peluang memberi kata-kata perangsang kepada para pesakit. Sesi bergambar.
2.15pm
Restauran Zarina Dimsum
Makan tengahari.
3.00pm
Bertolak ke Ao Nang, Krabi, Thailand.
5.00pm
RnR
Berhenti solat Fardhu Asar Zuhur jamak takhir.
8.30pm
Restoran
Makan malam.
10.00pm
Ao Nang Cliff Mountain Hotel
Tiba di hotel. Beristirehat dan solat Fardhu `Isyak dan Maghrib jamak takhir.

HARI KEDUA
Tarikh  : Isnin
Hari     : 28 November 2016
Masa 
Tempat
Catatan
Waktu
Thailand
7.30am
Ao Nang Cliff Mountain Hotel
Sarapan.
8.15am
Bertolak ke tempat lawatan kedua. Kami menaiki van, bot pelancong dan tuk-tuk (beca bermotor).
10.50am
Pondok Institutions Anharul-u-loom
Pondok ini diibaratkan pondok pemulihan akhlak yang mana telah ditubuhkan selama 15 tahun di bawah pemilikan Tuan Haji Baba Rasyidi (NGO). Pada 7 tahun awal adalah untuk pelajar tahfiz dan normal. Manakala, selepas 8 tahun mudir (pengetua sekolah) telah menukar sistem pengurusan, pembelajaran dan pengajaran berbentuk kepada ilmu yang asas, pegangan aqidah, penambahbaikan syariat dan pemulihan akhlak. Kebanyakan para pelajar terdiri daripada masalah dadah termasuk juga penderaan, keganasan, kongsi gelap dan lain-lain. Umur yang diterima bermula 11 tahun hingga 60 tahun yang kini mencapai 1100 pelajar. Yuran setiap bulan adalah rm250 per orang.
1.00pm
Pantai di Khlong Prasong
Makan tengahari.
1.45pm
Bergambar di replika ketam besar.
2.15pm
Ao Nang Cliff Mountain Hotel
Sampai dan rehat di hotel.
6.00pm
Restoran Al-Hud
Makan malam.
8.00pm-
10.30pm
Sekitar Pantai Ao Nang
Membeli-belah dan merenung alam di tepi pantai. Jamak takhir `Isyak dan Maghrib.
11.00pm
Ao Nang Cliff Mountain Hotel
Sampai dan rehat di hotel.



HARI KETIGA
Tarikh  : Selasa
Hari     : 29 November 2016
Masa 
Tempat
Catatan
Waktu
Thailand
7.00am
Ao Nang Cliff Mountain Hotel
Sarapan.
7.30am
Bertolak ke tempat kepulauan Koh Lanta.
1.00pm-
5.30pm
Kepulauan di Koh Lanta
Mengambil pakej melawat empat pulau untuk snorkeling, berenang ke dalam gua, makan tengahari dan solat. Melihat keindahan alam dan bertafakkur akan kekuasaan Allah s.w.t melebihi batas akal manusia. Penciptaan gunung-ganang, bukit-bukau, hidupan laut semuanya menginsafkan diri.
6.00pm
Bertolak ke Hotel Wonderful.
6.50pm
Hotel Wonderful
Tiba di hotel. Check in dan solat jamak.
8.00pm
Makan malam di Wonderful Restaurant.
9.30pm
Majlis penutup.
11.00pm
Istirehat.

HARI KEEMPAT
Tarikh  : Rabu
Hari     : 30 November 2016

Masa 
Tempat
Catatan
Waktu Thailand
7.30am
Hotel Wonderful
Sarapan.
8.00am
Bertolak ke rumah En Abdullah di kepulauan sini untuk beramah mesra dengan keluarganya. Singgah di RnR untuk solat jamak taqdim dan makan.
3.30pm-
5.15pm
Hatyaai
Membeli-belah sekitarnya.
Waktu Malaysia
8.30pm
Bukit Kayu Hitam
Tiba di Malaysia.




                                                                                                       Lampiran B
NAMA PESERTA YANG TERLIBAT
BIL.
NAMA PESERTA
AHLI JAWATANKUASA
  1.  
DR. HJ. ABU BAKAR BIN ABDULLAH
PENGARAH, PUSAT PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING & PSIKOLOGI
  1.  
PROFESSOR EMERITUS DATO’ DR. ABDUL HALIM BIN OTHMAN
FELO AKADEMIK
  1.  
PROFESSOR DR. MD SHUAIB BIN CHE DIN
FELO AKADEMIK
  1.  
AHMAD AFFENDY BIN SHAHIDAN
PENGERUSI
  1.  
THOHIRAH BINTI MOHD FAUZI
TIMBALAN PENGERUSI
  1.  
MUNA BINTI MOHD RODZI
SETIAUSAHA
  1.  
RAFIDAH BINTI WAHAB @ ABDUL WAHAB
TIMBALAN SETIAUSAHA                  
  1.  
AMNAH BINTI MAKTAR
BENDAHARI
  1.  
ROZIATUL SYATILLA BINTI ROSLE
TIMBALAN BENDAHARI            
  1.  
AHMAD AMINUDDIN BIN ABD. RAHIM
PENGARAH OPERASI DAN KESELAMATAN
  1.  
MOHD YUSOF BIN ROSHIDI
TIMBALAN PENGARAH OPERASI DAN KESELAMATAN
  1.  
MOHD IDRUS BIN ISMAIL
PENGARAH TUGAS-TUGAS KHAS              
  1.  
MOHD AZSERI BIN ABD RAHMAN
TIMBALAN PENGARAH TUGAS-TUGAS KHAS                     
  1.  
NORHAYATI BINTI AHMAD
PENGARAH HUBUNGAN ANTARABANGSA
  1.  
NINI UNICK BT MAHBUD
PENGARAH SIJIL, CENDERAHATI DAN
DOKUMENTASI
  1.  
MOHD KHAIRUL SYAMRI BIN SAAD
PENGARAH MEDIA DAN TEKNIKAL
  1.  
ABDULLAH @ APICHAI PAPAYAM
JURUBAHASA DAN PEMANDU ARAH              
  1.  
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDULLAH
PESERTA
  1.  
ISTERI PROFESOR DR. MD SHUAIB BIN CHE DIN
PESERTA
  1.  
SALMI BINTI MOHD FAUZI
PESERTA
                                                                                                                                    Lampiran C
RESPON PESERTA
Tidak disangka tempat yang terlalu kuimpi ini berada di depan mata biarpun empat hari namun amat bermakna. Kali ini aku bersama-sama sahabat perjuangan dalam Sarjana Kaunseling di Insaniah memijak bumi Thailand selama 4 hari 26-30/11/2016 dengan jurupandu Ustaz Abdullah merupakan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di Insaniah juga yang berasal dari Krabi.
Pengalaman ini sangat mengujakan bilamana aku sendiri menyaksikan dua pertubuhan, iaitu Hospital Tanyarak Songkla di bawah kerajaan dan Pondok Anharul Uloom di bawah swasta yang memperjuangkan pemulihan orang yang perlukan rawatan terutamanya dalam penagihan dadah. Mereka dianggap pesakit di sini tetapi di Malaysia adalah penjenayah. Alangkah luhurnya kasih sayang yang ditonjolkan hingga membuka mata dan minda aku betapa Allah itu Ya Rohman Ya Rohim. Namun di sebalik rawatan itu, berkekalan dalam perubahan tidak terjadi tanpa izin Allah dan kekuatan yang diberikanNya. Seperti kalam Allah tidak akan berubah sesuatu kaum itu melainkan dirinya mengubah sendiri.
Di samping itu, lawatan ke empat-empat pulau yang sangat cantik dilihat, digambar dan dirasa ini juga memberi gambaran bahawa berada di mana sahaja tanpa izinNya akan ada ketakutan, kebimbangan, bencana dan lain-lain. Tawakkallah kepada Allah. Dengan itu selamat dunia akhirat. Ramai teman-temanku berkata, berkampung berkeluarga di sini sangat menyeronokkan. Ya. Tiada perkara yang paling seronok jika mengisi masa bersama keluarga dan yang paling penting di mana kita berada sekalipun kita tetap dan perlu untuk bersyukur. Nikmat yang mana lagikah kamu dustakan dalam firman Allah, Surah Ar-rahman.
           
                                                             

            Hasil nukilan,
           Rafidah Binti Wahab @ Abdul Wahab

No comments:

Post a Comment