Saturday, 9 June 2012

Innama Bu`istu Liutammima Makarimal Akhlak


Pengenalan
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Ini terjadi kerana disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan, kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya.
Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam
Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:
a- Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin
Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) :
"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.”
Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang.

b- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh
Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.
Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman:
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا كَذَلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ
Maksudnya :
"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur."
Surah al 'Araf, ayat 58.
Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan.
c- Qudwah Hasanah
Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda.
Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini.
Allah SWT berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Bermaksud;
"sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah." Surah al Ahzab, ayat 21.
d- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam
Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka.
Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan.
e- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya
Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal.
Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut :
f - Peranan Media Massa
Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.
Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.
g - Peranan Sekolah
Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh :
1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas.
2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi.
3. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya.
4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.
Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya.
Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.
Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya; samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.
Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun".
(Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).
Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya.
Firman Allah :
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنْ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
"Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu.
(Surah Ali Imran : ayat 159)
Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya.
Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, nazir, guru, murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannya.
Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik dari merawat".
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan atau memenuhi masa lapang murid, menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain.
h - Peranan rakan sebaya
Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.
Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :
1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka
2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka.
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .

i - Peranan rumah ibadah
Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.
Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh Islam dan akhlak . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah . Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .
Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . Antaranya ialah:
1.      Kelas Fardu Ain
2.      Kelas Tajuid & Qiraat.
3.      Kelas Bimbingan Remaja.
4.      Kelas Bahasa Arab.
5.      Ceramah Berkala.
6.      Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.
7.      Kursus Rumahtangga Bahagia.
8.      Kursus Pengurusan Jenazah.
9.      Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.
10.  Kursus Dakwah dan Imamah.
11.  Acara Tadarus al-Quran.
12.  Khemah Ibadan & Qiamullail.
13.  Kursus Pengurusan Masjid.
14.  Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.
15.  Seminar Pengurusan Sumber Masjid.
16.  Kempin Memakmurkan Masjid.
17.  Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid )
Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya.

Rumusan
Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.
Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan.
Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak  atau seks bebas yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini.

norma kehidupan


 sekadar perkongsian..   task yang pernah diberi oleh pensyarah untuk dibuat rumusan adalah tajuk yang begitu sentiviti pada pendengaran kita. mahu atau tida, kita tidak boleh menolaknya kerana ini adalah realiti yang ada di sekeliling kita tanpa kita sedari atau sudah lama kita sedar.. 

SEKSUALITI

Dalam islam, seksualiti dianggap sebahagian daripada identiti kita sebagai manusia.dalam penciptaan manusia, Allah membezakan kita dengan makhluk lain dengan memberikan kita akal dan segala sesuatu yang kita dapat mengawal dari tingkah laku dalam spesies lain, ianya adalah dikawal sepenuhnya oleh naluri kita. Jadi,walaupun hubungan seksual akhirnya boleh menyebabkan pembiakan dan survival umat manusia, konsep naluri, keupayaan kita untuk mengawal diri membolehkan kita untuk mengawal tingkah laku ini.juga fakta semata-mata bahawa manusia adalah satu-satunya makhluk yang terlibat dalam hubungan seks sekali mereka adalah di luar keupayaan fizikal untuk pembiakan, membezakan makhluk  dari segala jenis lain yang terlibat dalam seks bagi maksud semata-mata  adalah pembiakan.
            Seksualiti manusia adalah keupayaan untuk mempunyai pengalaman erotik dan jawapan. Manusia seksualiti juga boleh merujuk kepada cara seseorang seks tertarik kepada orang lain sama ada ia adalah untuk jantina yang bertentangan (Heteroseksual), untuk jantina yang sama (homoseksual),sama ada seks (Biseksualitas), kepada semua identity jantina (pansexualily), atau tidak tertarik kepada sesiapa secara seksual (asexuality) impak seksualiti Manusia budaya, politik, undang-undang dan falsafah aspek kehidupan.Ia boleh merujuk kepada isu-isu moral, etika, teologi, kerohanian, atau agama. Ia tidak bagaimanapun terus terikat kepada jantina.
 Kepentingan dalam aktiviti seksual biasanya bertambah apabila seseorang individu mencapai akil baligh. Sesetengah penyelidik mengandaikan bahawa tingkah lakuseksual ditentukan oleh genetik dan lain-lain menegaskan yang dibentuk oleh alam sekitar.Ini adalah sifat berbanding memupuk perbahasan di mana seseorang itu boleh menentukan sifat sebagai orang-orang ciri-ciri tingkah laku yang disebabkan oleh ciri-ciri semula jadi seperti naluri dan pemacu. Konsep-memupuk boleh ditakrifkan sebagai faktor-faktor alam sekitar atau rangsangan luaran yang mempengaruhi tingkah laku, emosidan pemikiran. perbezaan biologi dan fizikal termasuk kitaran tindak balas seksual manusia di kalangan lelaki dan wanita.
Teori-teori yang berurusan dengan seksualiti, seperti Sigmund Freud adalah pentingdalam memahami seksualiti. Perspektif evolusi mengawan manusia, termasuk teoristrategi seksual menyediakan perspektif lain mengenai seksualiti, seperti juga teori pembelajaran sosial. Sosio-budaya aspek seksualiti termasuk perkembangan sejarah dan kepercayaan agama yang termasuk pandangan Yahudi pada kepuasan seks dalamperkahwinan dan pandangan Kristian bagi mengelakkan keseronokan seksual. Kajian seksualiti juga termasuk penyakit-penyakit kelamin dan jangkitan (PCB dan STI) dan kaedah-kaedah kawalan kelahiran.
            Punca-punca yang menyebabkan terjadinya masalah seksualiti terhadap manusia adalah kerana terlibat dengan seks bebas, keinginan nafsu yang tinggi, penjualan vcd lucah yang berleluasa, ketagihan dadah dan banyak lagi. Manakala kesan-kesannya kepada kita adalah seperti HIV berjangkit, membawa kepada pecah-belahkan keluarga, kes jenayah berleluasa dan lain-lain lagi yang membawa keburukan kepada imej Negara kita.
Keadaan ini yang selalu menghantui kehidupan kita semua secara langsung ataupun tidak. Norma kehidupan kita tidak akan sunyi daripada semua ini meskipun bukankita yang terjebak, saudara-mara dan yang lain. Yang amat menyedihkan kita jika insane yang terhampir secara rela ataupun terpaksa. AWAS!!! Jagalah diri kita dan insan yang tersayang di sekeliling kita. Innallaha ma`ana. 

             

Status Program Pembelajaran di Kalangan Saudara Baru: Satu Kajian Kes di Negeri Melaka




In Malaysia, there are multiraces and multireligion who live together in same place and share multiculture. Here, we can see that majority of Malaysia`s residences are influenced by Malay lifestyle and Islamic culture. It is due to Malaysia is an Islamic country.  Hence, the preacher or ‘da`ie’ who are responsible to call Muslims to depend on Allah only and invite non-Muslims to Islam the true religion. Indeed, Muhammad Mahmud al-Sawwaf and Muhammad Husayn Fadlullah unanimously concluded that the main way of missionary or da`wah approach to invite the people to Islam mentioned in the Quran in chapter An-Nahl, verse 125.
Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance.
Based on this verse, there are three methods to do the missionary activities with wisdom (bilhikmah), good advice and good teaching (mauizah al-hasanah) and debate with the great ways (mujadalah billati hiya ahsan). The explanation above is related to spread Islam to non-Muslims until they convert to Islam as ‘Muallaf’ and we must pay attention towards them how the learning program can help them effectively.
 Before I move forward to the content, it is better to know the meaning of newly Muslims. Usually, we call newly Muslims as Muallaf because they convert Islam from their original of religion after reciting the word of syahadah. They are willing to live their old religion to Islam is the noble one action in our life. Initially, we can refer the word ‘Muallaf’ in al-Quran, chapter 9 (al-Tawbah), verse 60. Allah mentions clearly about ‘Muallaf’can get zakat and Allah is very Fairness and Justice
In this jurnal, the one of PERKIM`s officer said the sum of them at Kuala Lumpur from year 1995 until 2000, they are 400 people in a year averagely. Their sum will ascending from years to years. This situation is needed to handle by us to concern their welfare including learning program to gain understanding of Islam and do the Islamic practical.
Furthermore, Non Government Organisations (NGOs) are starting to implement the great ways in handling them through the learning process. The one of government`s effort to help them, all states built Islamic hall to run learning activities about Islam among them. But, they cannot get the positive feedback because there are no study to survey the effectiveness of learning program. They are only survey their main problems towards program from previous study.
Additionally, we must focus on objective of program, contents of learning, the learning situation and conveying and operating program. After that, we can gain their knowledge and the others preacher can manage the learning program effectively. Hence, we must foster their feeling to learn, know, understand about Islam and practice it. Mohd Kamal pointed a view that the balanced of religion knowledge with science knowledge is a need in our life and not contrary each other. Both of them is related with eah other and become more perfection. We cannot deny it and separate them into two types likes dualism concept which is Westerners did. All knowledge come from Allah and the main thing is Tawhid.
According Mohd Azmi Mat Sah (2003), he stressed that three types of adult education from Islamic perspective. The first type is learning or education program is lifelong process. Secondly, the process of repeatance is the important one to remind us. The third and the last one is learning society is a need in Islam. We know that Islam emphasize us to gain the knowledge. Like our prophet Muhammad said, all of Muslims is compulsory to seek the knowledge.
Trustly, they have problem to follow Islamic education smoothly because they are new and not familiarize with Islamis practice before that. Ibrahim (1995) and Zainurin (1993) gave their opinions that there are some factors related with them. These problems come from their obedience of Islamic practice, be suitable with Islamic neighbours, their respond especially their family respond. The other problems are hard to learn because their place is quite far from the learning place and their kinds of jobs are not suitable for them after they convert.
From the journal entitled ‘Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim’ by Nur A`thiroh Masyaa`il Binti Abdullah @ Tan Ai Pao and Fariz Md Sham had a conclusion the three challenges of Muallaf psichology in overcoming their life. Pressure from Islamic attention, depression from their own family, adopted family and society and tention to familiarize themselves surrounding their condition and situation. After we know and understand them, it is an obligation for us to settle down their problems and help them to face it together.
Both of them also recommended six suggestion to cover Muallaf problems. Firstly, give information and exploration to Muslim society and non-Muslims in Malaysia generally about Muslims and the challenges and obstacles that they will face it. Secondly, understanding the factors which are bringing into their Islam converts. Third, understanding level of psychology that they dealed in their daily life as a Muslim. Then, appointing the effectiveness of approachment to society in handling their welfares and guidance for them. After that, helping the commitees of government and NGOs in managing Muallaf from aspect of guidance, welfare and counselling. The last one is increasing study and survey to preach Islam in Muallaf field for a reference soon.
I am interested to highlight the word of ‘Guidance’ which means da`ie must guide and teach the newly Muslims as a whole task in learning program. This is very important to ensure them maintain on one Tawhid , Islamic religion. Then, to make them appreciate the obligatory in Islam and lastly, making Islam as a way of their lifestyle.
If we seek their problem why some of them are not interested or not involved in learning program came from ourselves. We do not know how to attract them based on their needs. For examples, we must know how to interact or communicate with them using their language. From that, we understand what they want and reacts. In addition, we need to use other alternatives as a tool to teach such as audio-visual, radio nd so on.
While Mahfuz (1992) suggested to prepare the education  silibus from basic to deep the contents. Next, he preferred to seperate the class among them to differentiate the old and newly Muslims. In fact, Nor Patimah (1990) gave her recommendation and had agreed to built a library for them and held the class there and  made it as an Islamic information centre. On the other hand, she viewed to use teaching helping tools such as audio-video, having courses in far distance and evaluation systematically along their learning activities among them.
Maziah (1995)  informed us that the facilitators must prepare their techniques of  conveying knowledge by starting the things which is their favourite or enjoyment or preference such as fishing, clean the house, cooking activities and many more. All activities have to relate with our religion. Moreover, the facilitators must speak leniently and polite to touch their heart. Then, they must be sensitive towards the targets that they want speak straight forward. Lastly, they had encouraged to empowered their skills to use many languages likes English language, Tamil language, Mandarin language and so forth. 
The other group from research group, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2009) prepared a book guidance of managing Muallaf. They are concerning about their education, guidance and courses by holding courses, Islamic education class and Islamic guidance centre.
Here, I noticed that the researcher emphasized the three aspects are needed to make the successful of this program such as the comfort of class , the ability of teachers in using the variety of language and learning contents.
While Knowles (980), Brazziel (1989) and Garelli (1996) made four importance of components in learning program to mke it smoothly. First, the program objective. Second, the learning situation. Third, the contents of education. Lastly, conveying and managing learning program. 
Findings from this journal, the researcher found the three main problems in learning program are Islamic hall assumed as a reference place to tell their problems, officer job`s status at this place and the curriculum is not complete yet. First, they expected this place as to express their feeling and ask sympathy for their problems. For examples, they know can get Zakat. So, they came here to ask their rights besides telling their problem as a poor life. The next problem is officer job`s status had divided into three aspect, the sum of officers, position status and expertise or skills that they had. Last but not least, based on the curriculum is not complete, the officers found that the module is too general and not specified towards background of students differently and having the difference of problems and complicated. Therefore, the teachers are forced to use the books that existed at marketing. This situation need our high level of effort to understand it.   
In a nutshell, from this journal, it tells us about the importance of learning program status to newly Muslims. All people must co-operate to make the learning program change and modified effectively and get the positive impacts.
The writer suggested five implementation based on his findings. There are a group of people to create and write the detailed silibus accordance the students` background and their abilities. Holding ‘Islamic Information Centre’ (IIC) in library at the strategic places sucha as at mid town. The religious officers likes Imam, Ustaz and commitees of security village should to take them as their adopted family to ease them as reference to settle down their problems. Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) should hold networking and linkage with the other private companies to give the suitable job for Muallaf. Recommendation for future research to give more attention towards the ways of learning process effectively among newly Muslims as proffesionaljob such as doctor, lawyer, engineer, and many more.
Initially, there are many methods to make the learning process  effectively depending on creativity and perseverance by looking for the chances and alternatives. I think and hope Muslims as a whole are concerning about the effective and achievement of learning program towards newly Muslims become a real, good Muslim. Besides that, NGOs need to gain effort in helping them to strengthen their aqidah especially Muallaf in rural places.  God willing, we are going to excel and achieve the common goals or desires according to Quran and Sunnah. We are the combatant of Islam, our religion. We cannot judge and blame others without ourselves doing it together.

Tuesday, 29 May 2012


DA`WAH IS COLOURFUL...=)

Da`wah is an obligation for all Muslims. The connotation of the word da`wah from the word ‘da'a’ means call, invite others to a specific matter. The term refers to the missionary call people to Allah (Abdul Karim Zaidan, 1976). The call to Allah is not just call to mind an idea or ideology,  but also calls on the appreciation of Islam as ad-din or a total way of life. Therefore, the missionary  effort is transforming people and the rest from aspect thoughts, feelings, behavior and life purpose to comply the purpose and requirements specified by the Muslims. Da`wah  has four pillar, missionary (dai`e), the people who are invited (mad`u), content (maudhu`) and method (manhaj/uslub).
The Prophet Muhammad was the first preacher who calls to Islam during his time. Then, the preacher as a dai`e. He taught us how to call people to Islam. It is related to missionary (dai`e) that I want to study how missionary nowadays spread Islam to people especially non-Muslims.
Then, Islam as a tittle or maudhu` adda`wah in reality and truth. Indeed, this noble Prophet Muhammad presened the truth about Islam with the best delivery, complete and commitment continuously. Allah sent him to people as the honor of His apostle. So, he spread and preach Islam until his death. We are still feel him around us.
While missionary goals are allowing people to accept and appreciate the teachings of Islam in their daily life.  It should take concern about human factors such as physiological (the necessities of life), mental (level of experience and learning), feelings and psychological (soul). The most and foremost important for the preacher movement is to fulfill responsibilities and meet people as inheritors for inviting people to kindness and prevent from evil.

The ways in da`wah missionary are well-known as a da`wah method or approach (manhaj). According to  Abdullah Mohd. Zin, he said that ‘Method means a particular way of doing something’. A particular way brings a meaning as a way or a specific method to do something. Indeed, Muhammad Mahmud al-Sawwaf and Muhammad Husayn Fadlullah unanimously concluded that the main way of missionary or da`wah approach to invite the people to Islam mentioned in the Quran in chapter An-Nahl, verse 125.
Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance.
Based on this verse, there are three methods to do the missionary activities with wisdom (bilhikmah), good advice and good teaching (mauizah al-hasanah) and debate with the great ways (mujadalah billati hiya ahsan).
Furthermore, Poston (1992) pointed his study that the traditional strategy of da`wah has been through control of society`s institutions. He also divide da`wah approach to non-Muslims into two types. The first one is role model through the example of the pious lives of Muslims. He looked forward by taking examples from North American organizations.The second point is direct approach by meeting them face to face to invite them to discuss or debate rationally.
            Da`wah target is human as a mad`u. Allah stressed in chapter Saba`, verse 46:
Say: "I do admonish you on one point: that ye do stand up before Allah,- (It may be) in pairs, or (it may be) singly,- and reflect (within yourselves): your Companion is not possessed: he is no less than a warner to you, in face of a terrible Penalty." Initially, human target is not limited to Muslims only, but also people who have not accept guidance from Allah.
I highlighted da`wah methods to Christians only because I want to know them deeply. To further improve the technique in doing missionary to Christians, their religious doctrines should be understood. We need to understand the fundamentals of their faith from the perspective of their own understanding. To distinguish between right and wrong, the Quran and the Hadith as a reference. There are five basic beliefs of Christians, namely: sin Heritage, Jesus is the son of God, Jesus is God, Jesus cross and Trinity. 
We must use the appropriate methodology in preaching da`wah to non-Muslims especially Christians that I chose. Among factors that are needed by Da`ie are knowledgeable, experiences, application, studying, research, understanding about Islam and improvement towards implementation of da`wah.
Understanding the missionary methods brought by our Prophet Muhammad is a very important. It is shown by him on how to preach da`wah is a sunnah. It is a basic principle for preparation and implementation in preaching Islam to Muslims and also non-Muslims. If we cannot understand and appreciate about da`wah approach clearly, it is feared that missionary effort becomes not effective and not reach the aim.
Da`wah is the path to Islam, as has been described in the Quran, chapter Ali-Imran, verse 19:
The Religion before Allah is Islam (submission to His Will): Nor did the People of the Book dissent therefrom except through envy of each other, after knowledge had come to them. But if any deny the Signs of Allah, Allah is swift in calling to account.
            Nowadays, many organisations are built to implement da`wah missionary whether government organisation or non-government organisation. They play an important role to spread Islam widely. We can see their effort to complete this task. But, we must prepare the effective strategies in reminding Muslims to appreciate Islam deeply and attracting non-Muslims to know Islam clearly. Here, we move to call non-Muslims into Islam especially Christians. Hence, studying da`wah to them helps us to understand Islam overall.  We can practice what we learned with the variety of theories.
            There are three levels (marhalah) in da`wah methods that missionarists must go through those levels. First level is Marhalah ad-Di'ayah (at-Ta'rif): propaganda level,  introduce, describe fikrah and deliver to the people in all walks of life. Secondly, Marhalah  at-Takwin as a  formation level ,selection of the proponents, prepare armed forces, preachers and jihad erta educate them. They were selected from those who have welcomed the missionary call. Lastly, Marhalah Tanfiz means  exercise level, work,strive to reach a goal.
Usually three levels must run together and adjusted as the preaching unity and  strength is dependent upon the merger between one with entirely. Therefore the exponent in the missionary must choose and form and at the same time he did and do what can be done.